Saturday, 30 July 2011

what is s0lat?????

     solat (Arabic: صلاة; pl richest) refers to prayer in Islam .. Prayers  is required f0r  all Muslims and understanding of prayer five times a day is c0mpuls0ry to all muslim.  fardu solat in Islam is the second from five pillars of Islam.

Fardu prayers are the  five times pray... day and night, Subuh, Zuhr, Asr, Maghrib and Isha' prayers.
If someone missed the fardu solat, compulsory for him to repeat with the intention qada.
For those who travel, they are required to pray with the Qasr and Jamaq .. Islam never make life difficult to do the ritual ...
    Nowadays, many Muslims who do not want to do solat .. they said: "solat is a burden ... there is no time for it" .. but do they know that solat has a lot of wisdom behind it ... you must discover all of Allah's knowledge on earth... then, for sure you can find out what lies behind what Allah have made ....

                                   


Monday, 18 July 2011

isLam & kAsih sayAng


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit". (Riwayat at-Tabrani)
Islam Mementingkan Kasih sayang

1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim.
2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.
3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat islam.     
                                                                                         قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ قُل لِلّهِ كَتَبَ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيهِ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ
            
                                                                             katakanlah: ""Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?""Katakanlah: "Kepunyaan Allah"". Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman
( Surah Al-An'am 6;ayat 12)                                                                                        

islam itu syumul~~~


kesyumulan islam.. kalau kita bandingkan islam yang diamalkan oleh masyarakat sekarang.. nampak sangat jauh perbezaannya dengan apa yang telah dikhabarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.. islam pada zaman rasulullah dan para sahabat serta salafus soleh dulu sangat-sangat ”pure”.. islamnya suci putih bersih.. tiada satu pun tompok hitam yang mengotori islam itu… tidak seperti sekarang.. islam dicampuradukkan.. apa yang rasa sesuai dengan kita, kita ambil.. yang kita rasa tidak sesuai dengan kita, kita buang.. islam kita dipandu oleh akal dan nafsu.. bukan wahyu… moga dapat difikir-fikirkan kembali…

islam pada zaman dahulu sangatlah bersih.. malah golongan islam pada waktu tersebut.. sangat-sangat sayangkan islam dan tidak akan  membenarkan walau setitik noktah kecil mengotori kesucian islam.. ambil contoh saidina abu bakar.. apabila dia dapat tahu bahawa ada segilintir golongan yang enggan membayar zakat atau mahu mengurangkan bayaran zakat.. dia terus berkata, “jikalau pada zaman rasulullah masih hidup mereka membayar unta dan talinya, begitu juga sekarang mereka harus membayar unta dan talinya, jika tidak akan aku perangi mereka..” Abu Bakar amat-amat menyintai islam sehingga sanggup berperang demi menjage kesucian islam itu sendiri.. tetapi kita..

islam terdapat dua pada zaman sekarang.. satu.. islam yang pure.. suci bersih.. dan satu lagi.. islam “patchy-patchy”  iaitu islam yang dinodai kesuciannya.. putih bersih sucinya islam itu dikotori dengan tompok-tompok dosa lantaran mengikut nafsu dan akal yang cetek tanpa berpandukan wahyu..

islam yang syumul.. islam yang pure.. sumbernya satu sahaja.. wahyu.. akal berada di bawah wahyu… apa sahaja wahyu suruh dibuat.. akan dilakukan tanpa persoalkannya.. kemudian akar digunakan untuk memikirkan logiknya.. contohnya.. disuruh kita membayar zakat.. kita bayar…. tapi cara bayaran itu ditentukan dengan akal.. lebih kurang begitulah.. pokoknya.. sumbernya hanya satu dan akan hanya ada satu.. iaitu wahyu.. al quran dan as sunnah.. 

manakala.. islam patchy-patchy pula ialah.. islam yang bersumberkan tiga benda.. wahyu, akal, nafsu.. wahyu tetap menjadi salah satu sumber.. tapi ia dicampuradukkan dengan akal serta nafsu.. mana hukum yg dirasakan sesuai diambil.. mana yg tidak selari dengan akal dan nafsu ditinggalkan.. dengan ini.. hilanglah kemuliaan islam itu sendiri.. ‘izzahnya islam itu lenyap.. tiada lagi warna keserian syariat islam itu.. islam sebagai ad-din tidak lagi boleh dianggap sebagai ad-din.. kerana ad-din itu sendiri bermaksud “way of life” atau “cara hidup”.. tetapi sekiranya kita hanya mengambil sebahagian lalu membuang sebahagian yg laen.. masihkah ianya cara hidup islam?.. mungkin sedikit sahaja.. sebahagian lagi.. cara hidup barat… kafir.. bukan lagi islam.. islam addinul haq.. islam itu agama yg benar.. agama kebenaran.. dan lafaz ad-din itu merangkumi seluruh aspek kehidupan.. tidak boleh diambil sebahagian dan dibuang sebahagian.. seperti mana yang disuruh oleh Allah dalam firmanNya:

 ”Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya (keseluruhannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
                                                                                                          ( Surah al-Baqarah [2]:208 )