Monday, 12 September 2011

kenapa perlu Solat Jemaah???(0_o)

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya iaitu sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”
( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )



         Solat berjemaah adalah perkara yang bukan asing di negara-negara Islam. Umumnya, masyarakat Islam mengetahui dan tidak menolak kepentingan solat berjemaah. Namun, setakat mana solat berjemaah diberi keutamaan untuk dilaksanakan? Pertembungan antara tuntutan duniawi dengan tuntutan ukhrawi menjadikan umat akhir zaman semakin sukar untuk berjemaah terutamanya di masjid mahupun di surau-surau yang berhampiran dengan kediaman masing-masing 

        Solat berjemaah, mengikut pendapat yang sahih adalah dihukumkan fardhu kifayah kecuali solat Jumaat yang difardhukan fardhu ain kepada setiap lelaki yang mukalaf. Kefardhuan ini tidak terlepas daripada sesuatu tempat, kampung, bandar, atau pecan melainkan ada sekumpulan manusia yang mendirikannya secara terang dan jelas. Sekiranya ia tidak didirikan sama sekali atau dilaksanakan secara bersembunyi maka seluruh penduduk dalam kawasan tersebut berdosa dan pemerintah wajib untuk memerangi mereka


    Kepentingan solat secara berjemaah  ini amat  penting  seperti  firman  Allah  dalam  surah  An-Nisa...

Dan apabila engkau(Wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka(semasa perang), lalu engkau mendirikan solat dengan(menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak daripada mereka berdiri(mengerjakan solat) bersama-samamu dan hendaklah nereka menyandang senjata masing-masing, kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah berundur ke belakang(untuk menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datangpula puak yang lain(yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga keselamatan), maka hendaklah mereka bersolat (berjemaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandangkan senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah meyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang  amat menghina.”

(Surah An-Nisa : 104)


         Allah sangat  mengutamakan solat berjemaah apatah lagi dalam suasana aman tenteram tentunya ia adalah lebih aula/utama. Malangnya hari ini kita meringankan solat berjemaah di masjid, sedangkan baginda sendiri tidak meninggalkan solat berjemaah ketika baginda sakit tenat sekalipun. Baginda pernah dipapah oleh para sahabat untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid. Ini menunjukkan baginda ingin menyampaikan mesej kepada umatnya mengenai perihal pentingnya solat fardhu secara berjemaah dan di masjid.

        0leh yang demikian ,MARILAH KITA BERAMAI RAMAI MENGERJAKAN SOLAT  BERJEMAAH kerana disebalik perintah Allah itu terkandung seribu satu hikmah...


Monday, 5 September 2011

Tips dan Cara2 Untuk Khusyuk Dalam Solat!!!!!

   kadangkala susah bagi kita untuk mendapatkan khusyuk dalam solat,masalah ini amat sinonoim bagi insan biasa seperti kita...walaupun ianya sinonim dengan kita.... jangan pula kita memandang remeh  dengan permasalahan ini...kita haruslah melihat kembali apakah punca sebenar yang merenggangkan hubungan kita dengan PENCIPTA kita....
dan antara cara-cara untuk mengkhusyukkan solat ( dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus)yang boleh dikongsikan bersama adalah:-
1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.
2. Menjaga makan minum yang terjamin halalnya.
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan solat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib, serta mengingati niat atau doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, beristighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. focus seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. .
4. Orang lelaki yang melarikan diri (pada ketika itu, lari dari perang).
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauhi dari Allah SWT.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat."

         

s0lat b0leh djadikan ubat.....

Selain daripada kita melakukan solat kerana perintah Allah, namun dengan melakukan solat, terkandung beribu hikmah yang datang tanpa kita sedari. Dengan solat, jiwa kita dilatih agar menjadi lebih tenang, baik di waktu malam mahupun siang.
Sesiapa yang mahukan hatinya lari daripada perasaan cemas, gemuruh, takut kepada perkara yang ditakuti, dan pelbagai gangguan jiwa, maka bersolatlah kerana solat itu mampu menundukkan hati yang ego, sombong, bongkak, kedekut dan sebagainya.

Sesiapa yang mahukan dirinya menjadi lebih bersemangat, meningkatkan kekuatan hati bagi menghadapi permasalahan dan kesulitan, maka bersolatlah keranan dengan solat itu, insyaAllah Allah memberikan kamu hidayah dan dipermudahkan segala urusan.

Sesiapa yang mahukan menenangkan semula urat-urat saraf, meredakan dan menyembuhkan penyakit didalam badan maka bersolatlah kerana solat itu mampu mengubatinya serta memberi manfaat kepada kebanyakkan penyakit yang berpunca daripada penyakit perut.

Telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, " Rasulullah SAW telah melihatku ketika aku sedang berbaring kerana sakit perut, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: " wahai Abu Hurairah, apakah kamu berasa sakit perut? Aku menjawab: "Ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda, Bangkitlah dan kerjakanlah solat kerana dalam solat itu terkandung juga suatu rawatan yang sangat berkesan."


Sesiapa yang mahukan menyerikan wajahnya, menolak kezaliman yang menimpa dirinya, dimurahkan rezeki, mencegah penyakit syawat dan nafsu, maka bersolatlah kerana ia mampu memberi manfaat kepadamu.

Sesiapa yang hendak berubat daripada kelesuan, kebodohan, kemalasan dan kelemahan, hendaklah berubat dengan mengerjakan solat.

Sesungguhnya, solat itu merupakan ubat yang mujarab bagi segala penyakit rohani dan jasmani. Apabila seseorang itu telah mendirikan solat, sebenarnya ia telahpun melindungi dirinya daripada pelbagai penyakit.
Ketahuilah, tiada satupun perintah dan ciptaan Allah yang sia-sia. Ia penuh dengan hikmah yang tersembunyi.

Tekunlah dengan melakukan solat, insyaAllah diri anda sentiasa menjadi lebih bersemangat

keburukan orang yang meniggalkan s0lat!!!!!!!







Ini antara sambungan daripada p0st (effect for those who leave prayers)sebelum nie yang juga menceritakan kisah keburukkan 0rang yang meninggalkan solat...

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat".
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf."

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

"Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur".(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.

Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.

Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.

Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.
Wallahu a’lam.



Monday, 8 August 2011

Effects for those who leave prayers!!!!


reminder to all of us who have been 'busy' looking for excuses ...
Everyone knows that it is a sin to leave solat and even more contemptible than a pig. We will be so contemptibleif we leave the solat as is told at the time of Prophet Musa. Here's his story, at the time of Prophet Musa, there was a man who is married, they had no offspring, and infusion in heart(vows).
"If I able to a child, I will drink the black dog urine."
Then, God gave his offspring. The man's wife pregnant and gave birth. When you have got children, a man was concerned .. . He had vowed to drink black dog urine. Sharia in the days of Prophet Musa, in contrast to laws which was revealed to Prophet Muhammad'speople. If the people of the Prophet Muhammad, the vows of illegal things, so no need to do, but do Dam (fine) or a charity .. But, at the time of Prophet Musa, who made ​​a vow, although illegal, remains the vow need to be done .. Then, the man who had a baby that, with hard hearts went to meet with the Prophet-God of Musa.
He described what happened to him .. Then, Prophet Musa said that a man do not need to drink black dog urine, but drink the more despicable than dog urine.
Prophet Musa commanded the man to go drink the water that fell from the roof of the of the man who leave solat... Then, the man was happy to carry out the command of the Prophet Musa had ordered him to do...


                                          

Why 5 times daily s0lat~~~(^_______^)!!!

S0lat is a sort of programming towards righteousness, that we are programmed towards righteousness. And the requirement    that it should be repeated minimum  5 times a day. For example for a very healthy body, a doctor will tell you, you require minimum  3 meals a day. Similarly for a spiritual soul, a person is required to offer Solat 5 times a day. And the requirement is,  there are chances that because of the evil in the society around us, we may get de-programmed. So if we are kept on being re-programmed, there are more chances that you will remain steadfast on the Sirat al mustaqeem, on the straight path. Therefore it is compulsory that every Muslim should offer S0lat minimum  5 times a day.

Doesn't S0lat disturb my job productivity. If you know the rules of management, you will know that a person cannot work continuously for hours together. If a person comes to office at 9 o'clock in the morning and sits till 6 o'clock in the evening, continuously for 9 hours, in fact he will be less productive. That is the reason that there are some short breaks given in between. So a person can get re-created, you know we have recreation. Similarly S0lah is a sort of recreation. It rejuvenates you. If someone tells me that I am losing time, I am less productive, because I waste 15 minutes having lunch break, I would say that he is not a logical person because only if he has meals regularly, can he do more work. Similarly if a person offers S0lat at intervals, I do agree he may have to work for a few minutes but when he stops and he comes back to work he works with a much better frame of mind and productivity overall will be much better. So for a logical person and a modern person he has to agree that there should be breaks so that a person can get recreated and S0lat is the best form of rejuvenating your mind.





Saturday, 30 July 2011

what is s0lat?????

     solat (Arabic: صلاة; pl richest) refers to prayer in Islam .. Prayers  is required f0r  all Muslims and understanding of prayer five times a day is c0mpuls0ry to all muslim.  fardu solat in Islam is the second from five pillars of Islam.

Fardu prayers are the  five times pray... day and night, Subuh, Zuhr, Asr, Maghrib and Isha' prayers.
If someone missed the fardu solat, compulsory for him to repeat with the intention qada.
For those who travel, they are required to pray with the Qasr and Jamaq .. Islam never make life difficult to do the ritual ...
    Nowadays, many Muslims who do not want to do solat .. they said: "solat is a burden ... there is no time for it" .. but do they know that solat has a lot of wisdom behind it ... you must discover all of Allah's knowledge on earth... then, for sure you can find out what lies behind what Allah have made ....